Monday, August 24, 2009

KENANGAN AJK-AJK BARU DAN LAMA KRS

BARISAN BARU AJK-AJK UTAMA KRS SMK KOTA MARUDU 2009/2010
PENGERUSI : SYIVERO PATRICK
NAIB PENGERUSI : METHALYN OGOSIE MIKAT
TIMBALAN : MELVIN MARCELUS
WENDY LEE
SETIAUSAHA: VIVI OLVIANA NAJURUS
TIMBALAN : PRIZELEA MISON
NELSON BARAGANG
BENDAHARI : VEDIANA MAIJON
TIMBALAN : DELNA
HILARY MALITA
KOMANDAN : MOHD.ANAS DURASIK
MATHEW MAH
(AJK-AJK KECIL LAIN AKAN DILANTIK MENGIKUT AKTIVITI)
BARISAN AJK-AJK LAMA
KRS SMK KOTA MARUDU
SESI 2008/2009

BARISAN AJK-AJK LAMA TINGKATAN ENAM ATAS.

BARISAN AJK - AJK LAMA TINGKATAN LIMA

BARISAN AHLI-AHLI TINGKATAN TIGA YANG SANGAT AKTIF.

SENARAI UTAMA AJK-AJK UTAMA
KRS SMK KOTA MARUDU
SESI 2008/2009
PENGERUSI : PW LINA AJIM
TIMBALAN : PW WELDY AMIN
SETIAUSAHA :NURUL NAJWA SAIRI
TIMBALAN: PRECILIANA MOJIUN.
BENDAHARI : WONG KHIAN HONG.
TIMBALAN : BIANY MIKIN.
KOMANDAN /SARJAN : NURAINI MOHD.SATREE
MOHD.RUSHDY JAIMIN.

( SEMUA AHLI KRS TING. 6 ATAS DAN TING.5 DILANTIK SEBAGAI AJK KECIL DAN AJK AKTIVITI SEPANJANG TAHUN SESI 2008/2009)

Sunday, August 16, 2009

KURSUS DALAMAN AJK BARU KRS 2009

KURSUS DALAMAN AJK BARU
KADET REMAJA SEKOLAH
SMK KOTA MARUDU
( 13 -16 OGOS 2009)
( SENARAI NAMA PESERTA SILA RUJUK DI BAWAH)

LATIHAN BANTU MULA ASAS

LATIHAN IKATAN
LATIHAN IKATAN

KULIAH DAN UJIAN BERTULIS

DUDUK DARI KIRI : AJK TERINGGI TINGKATAN 4.
SJN.(KRS) MATHEW MAH ( SARJAN), STAFF SARJAN (KRS) HILARY MALITA (BENDAHARI),
STAFF SARJAN (KRS) MELVIN MARCELUS ( PENGERUSI ) , STAFF SARJAN (KRS) WENDY LEE ( NAIB PENGERUSI) DAN STAFF SARJAN (KRS) NEILSON BARAGANG(SETIAUSAHA).

BERIDIRI DARI KIRI L AJK-AJK KRS 2009/2010 (TING.4)
MAX BRANDON ,ELLIF MOPILIN, MOHD.HANAFI MOKSIN , KHAIRUL ANUAR SANGADI , SHERON TAPA ,MAH EN SONG , LEO BONAVENTURE CRISPIN DAN LIMIN LANSAU


AKTIVITI UTAMA KURSUS:
1. KURIKULUM DAN PENDEDAHAN AKTIVITI UTAMA KRS.
2. PENGURUSAN DIRI , PERSATUAN/UNIFORM , PAKAIAN DAN AKTIVITI DALAM/LUAR.
3. TEORI IKATAN, BANTU MULA ASAS ,IKHTIAR HIDUP, PERKHEMAHAN DLL.
4. PENGENDALIAN PLATUN DAN ARAHAN KAWAD.
5. PERLANTIKAN AJK BARU.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA DAN KEJAYAAN KRS PADA MASA AKAN DATANG TERLETAK KEPADA KEPIMPINAN/PENGURUSAN ANDA....SYABAS.

Friday, August 14, 2009

KERATAN AKHBAR KEJAYAAN KRS PUTERI 2009

UTUSAN BORNEO /AHAD/ 17 MEI 2009

UTUSAN BORNEO /AHAD/ 17 MEI 2009

NEW SABAH TIMES /SUNDAY/MAY 17 2009


DAILY EXPRESS / MONDAY / 18 MAY 2009

TERIMAKASIH KEPADA SEMUA MEDIA YANG SUDI MEMAPARKAN
KEJAYAAN KAMI..KRS SMK KOTA MARUDU..
SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.
DARI SEMUA GURU-GURU DAN AHLI-AHLI
KRS SMK KOTA MARUDU.


Wednesday, August 12, 2009

PENGENALAN KRS

1. LATAR BELAKANG

1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).

1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.

2. RASIONAL

2.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

2.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

2.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

2.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

4. OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.


5. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS/TKRS. Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS ) dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri )

6. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS

6.1 Disiplin dan Kerohanian
6.2 Ketahanan diri dan Kebudayaan
6.3 Alam Sekitar
6.4 Keusahawanan
6.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )


7. PEMANTAUAN

7.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh :

– Pengarah Pelajaran Negeri
– Pegawai-Pegawai JPN
– Jurulatih KRS Negeri
– Pegawai Pelajaran Daerah
– Pengetua/ Guru Besar

7.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut :

- Laporan Aktiviti
- Laporan Kewangan

PERLEMBAGAAN KADET REMAJA SEKOLAH
1.0 Nama dan alamat berdaftar

1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama
Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4 , Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur

b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan

c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan

d. Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan.

e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.


2.0 Tujuan

Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:

2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.

2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


3.0 Pengertian logo
3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

4.0 Bendera

4.1 Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

4.2 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas
pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat
yang berterusan merupakan natijah daripada

Tuesday, August 11, 2009

SENARAI NAMA PESERTA MEWAKILI SABAH KAWAD KAKI PUTRAJAYA 2008

KENANGAN MENGINAP DI SMK TEKNIK SEPANG, SELANGOR
SIAP SEDIA UNTUK PEMERIKSAAN PAKAIAN

TUAN YAZID MENERIMA CENDERAHATI SELAKU WAKIL PEGAWAI SABAH
OLEH TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
(ALLAHYARHAM YB DATO'RAZALI ISMAIL)
KENANGAN SELESAI BUAT PERSEMBAHAN DENGAN LITAR
YANG LICIN KERANA LITAR JUBIN DAN HUJAN


SENARAI KOTINGEN SMK KOTA MARUDU
JURULATIH UTAMA : KAPT (KRS) YAZID MAHADI.
GURU PENGIRING : RAIMAH JALUDIN /CHANG YEE SHEE
KETUA PLATUN :SJN (KRS) NURAINI MOHD.SATREE.

SENARAI PESERTA :
1. JEMIH ASUN
2.JETRYCIA MATINGAL.
3.NORFIZAH SIUH.
4.NURSYAKILA JAMAL
5.JASNIE AKAK.
6.PRIZELEA MISON
7.VIVI OLVIANA NAJURUS.
8. METHALYN OGASIE MIKAT
9. FIVIANIE FEYANTI MODIE.
10.KASRINA ABD.MUIN.
11.LISTAH YUNSAI.
12.NURAINI MOHD.SATREE.
13. SHIMA SELUTAN.
14.NURFAIZATULHANIM MAT DIN
15. SITI FADILAH ANTONG.
16. PRECIALIANA MOJIUN.
17. NURFERAHNI ASMUL.
18. ELVIANA DOUNI
19.NURULSYAFIEKA EDORA JENAWA
20.NORAYU DEWI ABU BAKAR.
21.MIMI SALWA DAIDI.
22.NURAFIQAH LAMAT.
23. FELECIA VUNG
24. TAN KAR BOON.
25.LUFEH MERRY LIM
26.ANNECY PAM POIMON
27.ALVERNEA ESTHER GORITOM
28.EMILIE MAIDOR
29.TEARA MITLER
30.J.AMYLIACISCA JOUTI
31.HASLINA BARUNANG
3 2.FEBYTHY STEFFY WILLIE
33.ANNASTASIA JOE GULUN


TAHNIAH. SUMBANGAN DAN JASA ANDA AMAT DIHARGAI.
PIHAK SEKOLAH BANGGA DENGAN USAHA DAN PENCAPAIAN ANDA.

















KENANGAN KAWAD KAKI PUTRAJAYA KL 20 -25 MEI 2008
















Monday, August 10, 2009

KRS PUTERA..KENANGAN DI SANDAKAN ..

PENCAPAIAN KRS PUTERA:

JOHAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH ,DAERAH DAN ZON 2009.
NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2009.
KETUA PLATUN TERBAIK(KRS)